Remaja mengaku salah, hantar mesej lucah kepada guru

pelajar SHAH ALAM 22 Jun – Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menghantar kiriman mesej lucah dan jelek terhadap seorang guru wanita berusia 37 tahun dari sebuah sekolah menengah di Saujana Utama dalam daerah Petaling, awal bulan ini.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T berwarna hijau dan berseluar berwarna coklat lusuh itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.




Dia yang bekerja sebagai ejen pengangkutan bas pelancongan yang tidak diwakili peguam itu turut memohon pertimbangan mahkamah supaya wang jaminan ke atasnya dikurangkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Rizal Azani Zainal Adznam mencadangkan bayaran jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Rihaida kemudiannya mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin selain menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan aplikasi pekhidmatan aplikasi WhatsApp secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen lucah dan jelek sifatnya terhadap Siti Mariam Din dengan niat menganggu orang lain.

Dia yang berusia 17 tahun ketika itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama kira-kira pukul 1.35 petang pada pada 2 Julai lalu yang mana tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 (1 ) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh hukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak satu tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN



Comments

comments