Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perlu menang, Jerman tak boleh silap

Joachim Loew (C) looks on during a training session of the German national football team ahead of the FIFA World Cup 2018.SOCHI: Jerman tidak boleh melakukan kesilapan apabila menentang Sweden pada awal pagi nanti, dengan juara bertahan itu turut mengikuti jejak Brazil untuk kembali menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.

Skuad kenalian Joachim Loew tewas mengejut 0-1 kepada Mexico dalam aksi pembukaan Kumpulan F, susulan persembahan hambar separuh masa pertama yang mencetuskan kritikan.





Kapten Piala Dunia 1990 yang membawa Jerman muncul juara, Lothar Matthaeus berkata, untuk tempoh yang agak panjang, dia tidak pernah melihat Jerman sangat lemah di kejohanan besar susulan kekalahan di Moscow.

Juara bertahan itu berkemungkinan hilang tonggak pertahanan, Mats Hummels kerana kecederaan tengkuk, manakala Marco Reus dijangka berada dalam kesebelasan utama selepas aksi 30 minit yang menarik ketika menentang Mexico.



“Semua pemain bersedia berjuang dengan nyawa mereka,” jelas penyerang, Timo Werner yang sekali lagi bakal mengetuai jentera serangan Jerman.

Jerman turut mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Thomas Mueller yang tampil buat kali ketiga Piala Dunia dan sudah meledak 10 gol.

“Tekanan amat tinggi namun kami tidak akan memenangi baki dua perlawanan jika tidak mampu menewaskan diri sendiri secara dalaman dan mencari kesilapan rakan sepasukan,” tegas Mueller. -AFP