Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemandu Grab Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Grab ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Tey Kong Seng berkata mangsa Aiman Nosri, 27, ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam.





“Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki di atas.

“Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Image result for Aiman NosriBeliau berkata siasatan yang dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor menemukan dua telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta berkenaan.

Tey berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lepas. – BERNAMA