Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Messi tiada mentaliti sebagai kapten

Image result for Petit messiLONDON – Bekas pemain legenda Barcelona, Emmanuel Petit percaya Lionel Messi tidak layak diberi lilitan ketua pasukan Argentina pada kempen Piala Dunia 2018 ini kerana dia tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.





Sebagai rekod, Messi dikritik hebat kerana gagal menyerlah bersama Argentina apabila pasukan itu sekadar meraih satu mata dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan D.

Katanya, Messi merupakan pemain yang bagus tetapi tidak boleh menandingi kualiti yang dimiliki oleh ‘musuh’ tradisinya, Cristiano Ronaldo yang telah membuktikan kewibawaan dalam kempen kali ini dengan menjaringkan empat gol.



“Messi tidak sebagus Ronaldo dalam menaikkan moral rakan-rakan sepasukan. Dia gagal membuktikan kewibawaannya di tengah padang seperti yang dipamerkan oleh Ronaldo.

“Dia tidak berjaya mempamerkan aksi terbaik seperti yang ditonjolkan ketika mewakili kelab Barcelona,” kata Petit yang pernah menjulang Piala Dunia pada edisi 1998 bersama Perancis. – Agensi