Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelantan rumitkan peluang

ALOR SETAR: Pengendali skuad Kelantan, Yusri Che Lah mengakui kekalahan 0-1 di tangan Kedah di Stadium Darul Aman semalam satu keputusan yang merumitkan peluang untuk kekal dalam Liga Super.

“Tahniah kepada Kedah kerana berjaya menamatkan badi kekalahan dan kepada pasukan Kelantan satu keputusan yang amat mengecewakan kerana bagi saya kita tidak harus ‘membuang mata’.”





“Ini kerana baki saingan yang kita ada dalam tempoh tujuh perlawanan akan datang cukup merumitkan untuk kita kekalkan dalam Liga Super.”

“Apa pun saya juga mahu ucapkan tahniah kepada pasukan saya walaupun kita berjuang sehingga akhir masa, hanya kelekaan dan kesilapan kecil kita lakukan membolehkan Kedah menjaringkan gol”

Yusri juga mengakui rata rata pemaninnya masih mentah dan mudah dihukum apabila melakukan kesilapan setiap kali berdepan dengan pasukan yang lebih senior dan matang.

“Kita nak bangkit untuk baki perlawanan selepas Hari Raya dan saya berharap pemain fokus untuk majukan pasukan terutama untuk kekal dalam Liga Super untuk musim akan datang.”



“Kita akan bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS) di laman sendiri dan kali ini InsyaAllah kita akan dapat seorang lagi pemain import penyerang baharu kita Christiano Santos yang gagal untuk sampai tepat pada masanya untuk perlawanan ini.”

“Bagaimanapun saya mengharapkan sentuhan beliau untuk seberapa cepat untuk mendapat keserasian kombinasi sepertimana yang saya perolehi pada Bakhtiyar pemain Kyrgyzstan dan Lazarus dari Namibia.”

Jesteru Yusri mengharapkan sokongan daripada penyokong Kelantan, dan beliau faham dengan suasana dan keinginan penyokong Kelantan yang diakui hebat dikalangan penyokong-penyokong di Malaysia.

“Beri ruang kepada saya tunaikan amanah dan bantu saya dari segi sokongan moral kepada pemain, denan cara itu InsyaAllah kami cuba buktikan yang kami mampu berada dalam Liga Super musim depajn,” katanya.



,