Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kanak-Kanak Maut Dikelar Ibu Kandung

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.





“Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.

Image result for Kanak-Kanak Maut Dikelar Ibu Kandung“Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak hospital memaklumkan kejadian kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini.

Sementara itu menurut suaminya, suspek mendakwa sering termenung dan mendengar suara orang berbisik kepadanya sejak Mei lalu.

“Saya terus ke bilik selepas mendengar anak menangis di dapur dan nampak isteri sedang mengelar leher anak. Saya tolak isteri dan menjerit meminta tolong…Isteri hanya memandang sahaja semasa saya mengambil anak yang berlumuran darah,” katanya kepada pemberita di perkarangan Hospital Jengka di sini, hari ini.

Suaminya berkata mereka juga sepatutnya keluar berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam di rumah kakaknya di Jengka pada 9 malam semalam, namun peristiwa tragis itu berlaku lebih awal.