Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Fazura beri penjelasan terhadap tindakannya membuka hijab

 TINDAKAN aktres Fazura membuka hijab selepas mengayakannya sepanjang Ramadan telah mendapat pelbagai reaksi netizen.





Segelintir netizen kecewa dan mempersoalkan keputusan pelakon J Revolusi itu untuk kembali kepada penampilan asal iaitu tidak bertudung.

Bagaimanapun, Fazura yang menjawab pertanyaan seorang pengikutnya menjelaskan bahawa niatnya untuk berhijab setiap kali tibanya Ramadan bukan sekadar menghormati bulan suci itu, malahan melatih dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata, dia terpaksa menanggalkan hijab disebabkan perjalanan kehidupannya yang sudah tertulis adalah berbeza daripada wanita lain.



“Kenapa saya membuka hijab selepas Ramadan semata-mata kerana perjalanan kehidupan saya yang telah tertulis berbeza dengan anda dan wanita lain di dunia ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang perkara ini lagi, ia adalah rahsia antara saya dengan Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Fazura, dia percaya perkara paling penting untuk berubah ke arah itu ialah niat yang benar-benar ikhlas untuk menjadi seorang muslimah sebenar.

Katanya, dia mahu perubahan yang akan diambil itu disebabkan dirinya sendiri dan bukan disebabkan pandangan orang lain.

“Saya percaya ia penting bagi saya untuk benar-benar komited dan dengan niat sebenar apabila saya mengubah sepenuhnya secara rohani untuk menjadi muslimah sebenar,” ujarnya. – mStar



,