Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

De Gea tuntut Perdana Menteri mohon maaf secara terbuka

Pedro Sanchez met the Spain squad ahead of the World CupMADRID 11 Jun – Penjaga gol Sepanyol, David de Gea menuntut Perdana Menteri baharu negara itu, Pedro Sanchez membuat permohonan maaf secara terbuka atas komen yang dikeluarkan dalam kes serangan seksual terhadapnya, dua tahun lalu.

Bintang Manchester United itu tidak berdepan sebarang dakwaan, namun Sanchez yang ketika itu ketua pembangkang secara terbuka berkata, dia ‘tidak selesa’ De Gea dipilih sebagai penjaga gol No. 1 pada Kejohanan Eropah (Euro) 2016 ketika pemain itu masih disiasat atas dakwaan serangan seksual.





“Sejak itu, saya membuat sidang akhbar untuk menjelaskan semua ini adalah satu pembohongan tetapi orang tetap bercakap tentang saya, malah ada yang kata saya tidak sepatutnya berada dalam skuad kebangsaan.

“Akhirnya kebenaran tiba dan menerangi saya, anda boleh lihat bahawa semua ini satu pembohongan,” kata De Gea kepada akhbar Sepanyol, Diario AS.

Minggu lalu, Sanchez melawat latihan skuad Piala Dunia Sepanyol, yang mana De Gea menjadi tonggak penting pasukan yang bakal bertanding di Rusia.

Sanchez menggunakan kesempatan itu untuk menjernihkan keadaan dan bersemuka dengan pemain berusia 27 tahun tersebut.


Walaupun menghormati permohonan maaf secara peribadi, namun De Gea percaya, Sanchez sepatutnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya menerima permohonan maaf dengan penuh sopan. Ketika dia mengeluarkan komen sebelum ini, ia dibuat di khalayak ramai, jadi saya fikir dia juga sepatutnya memohon maaf di depan orang ramai,” katanya lagi.

Menurut De Gea, dia berdepan saat sukar sepanjang insiden itu berlaku, malah menerima layanan yang tidak adil daripada peminat.

“Apa yang berlaku membawa kerosakan dan memberi kesan. Saya tidak dilayan secara adil, dan saya tidak tahu apa di belakang semua ini. Perkara itu terjadi sebelum Euro 2016 bermula,” katanya. – AGENSI