24 Pemain Harimau Malaya Menentang Fiji

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pemain yang telah diberi panggilan oleh Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan menentang Fiji bulan depan.




Sebagai persiapan awal untuk kempen Piala AFF Suzuki 2018, skuad Harimau Malaya akan turun berentap dengan Fiji di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai akan datang dan 24 pemain telah diberi panggilan untuk menyertai kem latihan tersebut.

Menurut FAM, hanya 11 pemain daripada skuad Malaysia yang tewas kepada Lebanon dan berjaya mengalahkan Bhutan, dikekalkan kali ini, termasuk Zaquan Adha, yang berjaya meledak empat gol ketika berdepan Bhutan.

Skuad kali ini juga tidak mengandungi sebarang nama daripada pasukan Selangor, PKNS FC, PKNP FC dan juga Pahang, kerana keempat-empat pasukan tersebut berpeluang beraksi di pentas Final Piala FA, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 7 Julai.

Manakala bintang muda Kedah, Akhyar Rashid pula akan menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia B-19 tahun yang akan beraksi dalam saingan Piala AFF B-19 di Indonesia pada awal bulan depan.





Selepas bertemu Fiji, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Chinese Taipei di Taipei pada 7 September 2018, bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 11 September 2018, bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober serta bertemu Republik Kyrgyz dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, masing-masing pada 16 Oktober 2018 dan 3 November 2018.

Berikut adalah senarai pemain yang diberi panggilan oleh Tan Cheng Hoe:



Sementara empat lagi pemain telah digugurkan daripada panggilan kali ini iaitu dua pemain Kedah – Ariff Farhan Md Isa dan Syawal Nordin serta dua pemain Perak, Nor Hakim Hassan dan Syazwan Zaipol Bahari.

Lapan pemain baharu yang tidak disenaraikan pada panggilan Mac lalu iaitu tiga pemain Kedah penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, dua pemain Perak, Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan serta Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).



Comments

comments

,