Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Mesra ‘Melampau’ Fazura, Fatah Jadi Bualan

Bagi siapa mengikuti perkembangan Fazura di Instagram pasti tahu, beliau baru saja selesai dengan promosi koleksi pakaiannya di Sabah. Manakala suami tersayanag, Fattah Amin pula ‘kesunyian’ berjauhan dengan isteri.

Pun begitu khabarnya kini Fazura sudah pulang ke pangkuan suami. Namun apa yang menjadi buah mulut apabila sebuah video tersebar menunjukkan pasangan itu terlalu ghairah bermesraan. Mungkin sebab dah lama tak berjumpa.





Dalam video tersebut, Fattah dan Fazura yang keluar bersama rakan-rakan berbuka bersama diluar. Salah seorang rakannya sempat merakam ‘keghairahan’ mereka berpelukan dan berciuman melepaskan rindu di bulan Ramadhan ini.

Kalau dilihat dalam video itu, rakan-rakan keliling pun macam tidak senang dengan kelakuan itu. Apatah lagi peminat yang melihatnya, rata-rata sudah naik menyampah dengan pasangan lovey dovey kegemaran ramai ini.



Selain didakwa tidak menghormati bulan Ramadhan, ramai menasihati pasangan itu supaya tidak berlebih menunjukkan kemesraan di khalayak ramai biarpun sudah halal. Lagi pula penampilan terbaru Fazura yang kini bertudung bagi menghormati bulan Ramadhan.

Apapun memang tidak wajar tindakan Fattah dan Fazura berkelakuan sebegitu. Hubungan halal tidak semestinya harus dipamerkan begitu, dalam Islam juga mengajar kita mengenai adap dan kelakuan. (rtky/w)



, ,