Tuchel sah jurulatih PSG

Image result for THOMAS TuchelTHOMAS Tuchel dilantik sebagai jurulatih baharu Paris Saint-Germain dengan perjanjian selama dua tahun, dan ia disahkan juara Perancis itu hari ini.




Pengendali dari Jerman yang berusia 44 tahun itu bersetuju menyambung kejayaan Unai Emery yang akan meninggalkan pasukan itu selepas perlawanan terakhir musim ini di Perancis, hujung minggu ini.

“Dengan sukacita, bangga dan menjadi cita-cita saya menyertai kelab besar seperti ini, Paris Saint-Germain,” kata Tuchel dalam kenyataan bahasa Inggeris dikeluarkan PSG.

“Saya tidak sabar untuk mula bekerja dengan semua pemain hebat yang juga pemain terbaik dunia.

“Paris Saint-Germain mempunyai potensi besar dan ia adalah cadangan paling baik dalam bola sepak.”

Ia menjadi rahsia terbuka apabila Tuchel diletakkan sebagai jurulatih buat kelab yang bercita-cita tinggi dari ibu negara Perancis itu.





Mereka sudah mencari pengganti Emery sejak ditewaskan dengan agregat 5-2 kepada Real Madrid pada perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara awal Mac lalu.

Kekecewaan di Eropah itu berlanjutan ketika kekalahan memalukan kepada Barcelona di peringkat sama tahun lalu, bermakna tidak ada peluang buat Emery memperbaharui kontrak selama dua tahun pada akhir kempen ini.

Tuchel adalah ejen bebas selepas meninggalkan Borussia Dortmund tahun lalu walaupun memimpin pasukan itu mencipta kemenangan dalam Piala Jerman musim lalu.



“Thomas adalah antara jurulatih Eropah terbaik dan paling kompetitif yang muncul sejak beberapa musim lalu,” kata Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

“Dia mematuhi prinsip yang kuat dalam permainan dan klinik bola sepak yang sering kali menjadi asas dalam bola sepak Jerman, terutama di peringkat antarabangsa.

“Semangat juang, keinginan dalam serangan bola sepak dan watak yang kuat adalah sejajar dengan apa yang kita inginkan untuk Paris Saint-Germain.”



Comments

comments