Pengemis Mati Tinggalkan RM4.3 Juta Dalam Akaun

Image result for Fatima OthmanBEIRUT – Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lubnan disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.




Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar raya Beirut.

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama-sama dengan dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).



Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lubnan yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan. – Agensi/Kosmo Online



Comments

comments

,