Padah tunjuk kemaluan dan beronani depan gadis

AIMAN DIDAKWA ONANITINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Aiman Abdullah, 42, mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap K. Nishanty, 20, di hentian bas berhampiran stesen minyak Petronas, Desa Mentari di sini kira-kira pukul 3.32 petang, 7 Mei lalu.





Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan, 7 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa di hentian bas berhampiran stesen minyak Petronas, Desa Mentari, Petaling Jaya, jam 3.32 petang, 7 Mei lalu.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 377 D yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, Mohd Aiman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ketika kejadian dia mabuk dan tidak sedar akan perbuatan yang dilakukan.

“Saya perlu menanggung keluarga serta isteri yang mempunyai pelbagai penyakit kronik,” katanya.



Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa menelefon ibu saudaranya dan memberitahu seorang lelaki berkelakuan lucah.

Ibu saudara mangsa kemudian terus melaporkan perkara itu ke balai polis berhampiran, sebelum suspek ditahan.



Comments

comments