Model Dedah Seluar Dalam Didenda, Malukan McD

SEORANG model di Bangkok, Thailand telah ditangkap dan didenda selepas gambarnya dalam aksi melucahkan ketika duduk dalam restoran makanan segera McDonald’s, tersebar.<

Gambar itu dirakamkan ketika Ming Kongsawas, 23, duduk di sebelah patung Ronald McDonald’s sambil mendedahkan seluar dalamnya.





Imej berkenaan telah mencetuskan kemarahan McDonald’s kerana dikatakan merosakkan reputasi syarikat berkenaan.

Dia ditahan polis dan Ming telah didenda sebanyak £116, kerana melakukan kelucahan di tempat awam.



Dalam pada itu, Ming, berkata gaun yang dipakainya itu adalah singkat dan gambar berkenaan yang dirakamkan setahun lalu, hanya dimuatnaik dalam media sosial baru-baru ini.

“Saya sendiri menyerah diri di balai polis dan didenda. Selepas itu saya bekerja di Kafe Nina sebagai pelayan,” katanya.

Bagaimanapun tindakan Ming itu telah membangkitkan kemarahan ramai dan dia diangggap sengaja menagih perhatian. – MYNEWSHUB.CC



Comments

comments