Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Martial, Lacazette gagal pikat Deschamps

Image result for Didier Deschamps martialPARIS 18 Mei- Pengendali Perancis Didier Deschamps membuat keputusan mengejut apabila mengetepikan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Anthony Martial dan Alexandre Lacazette, termasuk Dimitri Payet, Adrien Rabiot dan Kingsley Coman dalam skuad bimbingannya ke Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun Martial, Lacazette, Coman dan Rabiot diletakkan dalam senarai simpanan.





Namun Payet yang mengalami kecederaan ketika menentang Atletico Madrid dalam final Liga Europa di Lyon, semalam hampir pasti diketepikan.

Pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny turut tersisih akibat kecederaan manakala Steven N’Zonzi, Benjamin Pavard dan Lucas Hernandez antara pilihan mengejut yang dibuat Deschamps.



Image result for france world cup 2018 squadMemiliki ramai pilihan di bahagian serangan, Deschamps lebih meminati menggunakan khidmat bintang Ligue 1, Florian Thauvin dan Nabil Fekir, berbanding Martial dan Lacazette.

Perancis akan membuka kempen Piala Dunia menentang Australia sebelum menghadapi Peru dan Denmark dalam aksi Kumpulan C. – AGENSI