Lelaki Maut Rokok Elektronik Meletup

Tallmadge D'Elia, 38MIAMI – Seorang lelaki maut, apabila pangsapuri didiaminya musnah dalam kebakaran yang berpunca dari letupan rokok elektronik milik mangsa.




Laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Pinellas County mendapati mangsa menemui ajal apabila dua bahagian rokok elektronik itu meletup dan menembusi tengkorak kepalanya.

Ia adalah kematian pertama di Amerika Syarikat yang diakibatkan oleh letupan alat berkenaan.

Mayat Tallmadge D’Elia, 38 dengan 80 peratus kesan terbakar ditemui anggota bomba yang memecah masuk ke pangsapuri miliknya di St Petersburg di sini, pada 5 Mei lalu untuk memadamkan kebakaran, dipercayai berpunca dari letupan itu.





Menurut laporan akhbar tempatan, Tampa Bay Times, rokok elektronik itu disahkan dari jenama Smok-E Mountain yang dikeluarkan di Filipina.

Alat berkenaan dikatakan tidak memiliki ciri keselamatan yang lazim terdapat pada rokok elektronik jenama lain, termasuk cip komputer untuk menghalang ia dari menjadi terlalu panas.



Presiden Persatuan Penghisap Vape Amerika, Gregory Conley berkata, rokok elektronik lazimnya dilengkapi dengan ciri keselamatan khas dan laras kuasa boleh ubah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Statistik Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), terdapat 195 kebakaran dan letupan membabitkan rokok elektronik antara tahun 2009 dan 2016 di seluruh negara, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – AFP/BH ONLINE



Comments

comments

,