Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ken Ilso tinggalkan skuad P. Pinang

Ken Ilso tinggalkan skuad P. PinangPULAU PINANG – Skuad Harimau Kumbang terus tertekan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Perdana selepas penyerang utamanya, Ken Ilso Larsen mengumumkan angkat kaki daripada terus menyarung jersi pasukan berkenaan.





Mengumumkan perkara itu menerusi Instagram, Ken, 32, mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepadanya menyarung jersi pasukan itu bermula awal tahun ini.

“Kadangkala perkara tidak berlaku seperti yang kita harapkan dan tidak ada sesiapa yang wajar dipersalahkan.

“Hari ini saya mengambil keputusan menghantar surat untuk mengundur diri daripada pasukan ini. Terima kasih,” tulisnya semalam yang mendapat lebih 7,000 tanda suka (Like).



Skuad Harimau Kumbang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan ketika ini menduduki tangga kelapan liga menerusi 10 mata selepas sekadar mencatat tiga kemenangan, dua seri dan enam tewas.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dijangka melepaskan beberapa pemain utama mereka dalam masa terdekat.

Sumber menjelaskan, pasukan berkenaan kini berdepan kemelut kewangan serius apabila pengurusan utama meletak jawatan beberapa bulan lalu. – UTUSAN



,