Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Juara snuker dunia kotakan janji berbogel jika menang

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker Dunia dengan menanggalkan pakaian pada sidang media.

Pemain profesional snuker itu sebelum ini bergurau semasa menewaskan pencabar Robert Milkin pada pusingan kedua.





“Saya akan masuk berbogel dan membuat sidang media,” katanya.

Sebelum meneruskan hasratnya kepada BBC semasa mengangkat trofi kemenangan, beliau memberitahu akan melakukannya sekiranya tidak dikenakan tindakan disiplin atau denda.



Dan Williams tidak menghampakan para penyokongnya apabila beliau tiba dengan hanya bertuala pada sidang media.

Semasa memulakan sesi temuramahnya, beliau kemudian bergurau dengan berkata: “Sejuk di sini (sidang media) kan!” – Mirror UK