Guardiola dinobat Pengurus Terbaik Tahunan

LONDON 16 Mei – Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pengurus Liga susulan kejayaannya mengemudi Manchester City sehingga berjaya menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris dan melakar rekod baharu.

Pengendali berusia 47 tahun dari Sepanyol itu turut menjulang Piala Liga pada Februari lalu, selepas menewaskan Arsenal 3-0 di Stadium Wembley.


City muncul pasukan pertama yang meraih 100 mata, selain melakar rekod jaringan (106) di Liga Perdana dalam tempoh satu musim, rekod kemenangan (32) dan jumlah perbezaan gol (79).

Guardiola mengetepikan cabaran rakan sejawatan Jurgen Klopp dari Liverpool, Sean Dyche (Burnley), Nuno Espirito Santos (Wolverhampton Wanderers) dan Neil Warnock (Cardiff City).- Reuters



Comments

comments