Cukai SST Ditetap Kadar 10%, Dilaksanakan Tahun Ini

Image may contain: 1 person, glassesPUTRAJAYA: Menteri kewangan yang baru berkata, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan ditetapkan pada kadar 10%, sama seperti kadar sebelum ini.

Lim Guan Eng menjawab soalan bila SST akan menggantikan 0% cukai barang dan perkhidmatan (SGT) milai 1 Jun nanti.

“Kami mahu menggantikan GST dengan SST secepat mungkin.

“Ia tentu akan dilakukan tahun ini, tetapi biar kami kaji lebih teliti sebelum memberi tarikhnya,” katanya pada sidang media pertamanya di Kementerian Kewangan hari ini.

Ditanya apa cara Kementerian Kewangan untuk mengimbangi kerugian hasil kerana tidak meneruskan GST, Lim berkata, kementeriannya sedang mengkaji beberapa cara dan akan tampil dengan langkah munasabah untuk memastikan kedudukan fiskal yang sihat.





Lim berkata, kementeriannya akan menentukan langkah itu selepas membuat kajian penuh dan tepat mengenai kedudukan sebenar kewangan negara.

Sejak Pakatan Harapan berjanji menghapuskan GST, pengkritik mempersoalkan cara kerajaan menangani kerugian itu tanpa sistem percukaian yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.





Hari ini, agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s Investors Service dilapor menjangkakan penghapusan GST akan memberi kesan negatif kepada pendapatan negara kecuali kerajaan mengumumkan langkah khusus yang boleh menangani kekurangan itu.

Agensi itu berkata, jika SST berkuat kuasa Julai, kerugian pendapatan akan berkurangan kepada 1% daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini, di mana kerugian ini dapat dikurangkan harga minyak lebih tinggi.



Comments

comments