Atletico Madrid Julang Trofi Liga Europa

The Atletico Madrid players are showered in confetti as they pose with their Europa League trophy after a 3-0 win on the night

LYON 17 Mei- Antoine Griezmann menjadi watak penting ketika membantu Atletico Madrid menjulang trofi Liga Europa ketika menewaskan Marseille 3-0 di Stadium Groupama, awal pagi tadi.



Penyerang Perancis itu telah meledakkan dua gol pada minit ke-21 dan m-49 dan Gabi melengkap kemenangan bergaya pasukannya menerusi gol ketiga (m-89) sekali gus menghadiahkan gelaran ketiga kepada kelab dari Sepanyol itu dalam saingan Liga Europa.

Malah, ia merupakan gelaran utama pertama buat Griezmann sebagai pemain Atletico dan memberikan laluan sesuai jika dia meninggalkan kelab itu pada penamat musim.




Griezmann chips over a diving Mandanda to double Atletico's lead and put them in touching distance of the final

Barcelona dikaitkan bakal menjadi destinasi seterusnya untuk saingan musim depan.

“Ini adalah anugerah buat saya selepas saya meninggalkan tempat ini pada usia 14 tahun, untuk semua kerja keras, penderitaan.


“Ada kegembiraan dan kesedihan, tetapi saya sangat gembira dan saya harap boleh merasai saat seperti ini sekali lagi,” kata Griezmann yang menghabiskan seluruh kariernya di Sepanyol dan sebelum ini menang Piala Super Sepanyol kepada beIN Sports. – AFP



 

Comments

comments

,