Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita Tak Sengaja Tembak Rakan Ketika FB Live

BERGURAU tidak bertempat, seorang wanita, Cassandra Damper ditahan oleh pihak polis kerana menembak rakannya dengan sepucuk pistol ketika mereka melakukan siaran langsung Facebook.




Insiden pada malam 31 Mac lalu, menyebabkan seorang lelaki, Devyn Holmes berusia 26 tahun, dilaporkan telah ditembak oleh Damper pada jarak dekat di stesen minyak Volero dekat Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Video berkenaan telah tular apabila ia turut merakamkan detik terakhir sebelum Holmes ditembak secara tidak sengaja di kepalanya yang disaksikan oleh seorang rakannya, Cadillac Coleman di tempat duduk belakang.

“Awak buat saya takut,” kata Holmes sebelum dia ditembak wanita berusia 25 tahun itu.

Pada mulanya, dia hanya berniat untuk membelek pistol itu sahaja tetapi tanpa sengaja, satu tembakan telah dilepaskan tepat pada kepada Holmes dan mangsa segera dibawa ke Hospital Ben Taub untuk rawatan lanjut.

“Insiden itu kelihatan seperti kanak-kanak bermain dengan senjata api,” kata Detektif John Roberts.

Bagaimanapun, Damper dan Coleman telah berjaya ditahan polis bagi siasatan lanjut kerana suspek telah cuba untuk memusnahkan bukti dengan membersihkan kotoran darah di dalam kereta yang dinaiki ketika kejadian.





Malah, kes berkenaan turut dirujuk kepada juri besar yang mana tuduhan tambahan turut boleh difailkan.

Kini, mangsa masih bergantung hidup dengan mesin sokongan nyawa kerana keadaannya masih lagi kritikal.



Demi menyelamatkan diri, Damper berdalih dengan memberitahu pihak polis bahawa dia langsung tidak menyangka bahawa pistol berkenaan mempunyai peluru di dalamnya.

Dalam masa yang sama, Coleman tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dia juga tidak menyangka perkara begitu akan berlaku. – MYNEWSHUB.CC/ AH