Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Pengadil tidak berhati perut – Buffon

Gianluigi Buffon is awarded a red card by referee Michael Oliver for complaining at the awarding of a stoppage-time penaltyMADRID 12 April – Gianluigi Buffon mengkritik pengadil dari England, Michael Oliver dengan menyifatkan ‘dia mempunyai tong sampai di dalam hati’ selepas Juventus tersingkir daripada Liga Juara-Juara biarpun mempamer kebangkitan hebat dengan me­numpaskan Real Madrid 3-1 dalam suku akhir kedua di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.




Oliver menghadiahkan sepakan penalti kontroversi kepada Real pada minit ke-93 selepas pertahanan Juventus, Mehdi Benatia menjatuhkan Lucas Vazquez menerusi terjahan dari arah belakang.

Sepakan penalti yang disempurnakan Cristiano Ronaldo itu membolehkan juara 12 kali, Real mara ke separuh akhir secara agregat 4-3, meskipun perlawanan sepatutnya boleh diheret ke masa tambahan seandainya Oliver bertindak meneruskan permainan.

Selepas kalah 0-3 di laman sendiri minggu lalu, Juventus menunjukkan kebangkitan hebat dengan mendahului 3-0 dan terikat secara agregat 3-3, malangnya penalti yang dihadiahkan kepada Real merubah segala-galanya.





Buffon, 40, kemudian dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil dan itu adalah pengakhiran yang sangat menyakitkan buat penjaga gol Itali tersebut kerana ia mungkin aksi terakhirnya di pentas Eropah.

“Pengadil tiada hati perut, dia memiliki tong sampah dalam ha­tinya.

“Jika anda tidak mempu­nyai personaliti dan keberanian, anda sepatutnya berada di tempat duduk penonton menyaksikan perlawanan ini dengan isteri anda sambil menikmati Sprite,” kata Buffon kepada stesen televi­syen Itali, Mediaset Premium selepas timbal balik kedua itu yang berkesudahan pasukannya meraih kemenangan 3-1.



Real pada awalnya hampir pasti menjejakkan kaki ke separuh akhir berikutan kemenangan 3-0 di Turin tetapi Mario Mandzukic menyalakan kembali harapan Juventus menerusi dua gol yang dihasilkan melalui tandukan sebelum Blaise Matuidi meledak gol penyamaan selepas penjaga gawang, Keylor Navas melakukan kesilapan.

“Pasukan kami telah memberi segala-galanya dan impian kami tidak sepatutnya dimusnahkan dengan cara begini, dihukum di hujung permainan selepas menunjukkan kebangkitan luar biasa,” katanya lagi. – AFP



,