Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Pelajar maut semasa main ‘lempang muka’

SEORANG pelajar maut ketika bermain permainan ‘lempang muka’ di sekolahnya.




Semasa waktu rehat, Bilal dan Aamir memilih untuk bermain ‘Thapar Kabaddi’ di Sekolah Tinggi Kerajaan Mian Channu, di Punjab, Pakistan yang mana Bilal cedera teruk di lehernya, lapor Express Tribune.

Ketika permainan dijalankan, pelajar dan guru juga berkumpul di satu kawasan untuk menonton pertarungan tersebut.

Kejadian berlaku awal bulan ini tetapi video tersebut muncul pada Isnin.





Apabila permainan bermula, kedua-dua pelajar mula menampar muka satu sama lain sekuat mungkin.

Acara itu kemudian berubah menjadi insiden tidak diingini, apabila Bilal tidak dapat menanggung kesakitan akibat dilempang Aamir, menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan jatuh ke tanah.

Tiada siapa yang memberikan bantuan kepadanya sebelum dia dihantar ke hospital berdekatan.

Pasukan penyelamat juga dilaporkan tiba lewat selepas kejadian itu.


Sumber berkata pentadbiran sekolah gagal membawa Bilal ke hospital untuk rawatan perubatan sejurus selepas insiden itu dan turut bertanggungjawab kerana polis tidak melakukan bedah siasat ke atas mayat.

Thappar Kabaddi, juga dikenali sebagai Chanta Kabaddi, adalah sejenis permainan yang terkenal di kebanyakan bandar di Punjab, Pakistan.