VIDEO Man United tersungkur, City juara EPL

MANCHESTER United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat tetangganya, Manchester City selepas dikejutkan oleh kelab tercorot West Bromwich Albion 1-0 di Old Trafford, Manchester, malam tadi.





Tandukan minit ke-73 Jay Rodriguez membolehkan Albion, yang berada di ambang penyingkiran, kemenangan pertama di tempat lawan selepas 16 perlawanan.

Pemain tengah United Nemanja Matic menanduk bola sepakan sudut melintas pintu golnya sendiri dan Rodriguez pantas memanfaatkan peluang untuk meledak gol kemenangan.



United kendalian Jose Mourinho menguasai permainan tetapi tidak banyak mencipta peluang dan kekalahan itu memberikan City kelebihan 16 mata dengan hanya lima perlawanan berbaki musim ini.



Comments

comments

, ,