Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Belasah Selangor, Lang Merah Kembali Berbisa

Image may contain: 3 people, stadium and outdoorALOR SETAR: Perubahan strategi dan percaturan pengendali berpengalaman skuad Kedah, Nidzam Adzha Yusoff membuahkan hasil apabila Lang Merah berjaya membenam Selangor dengan jaringan besar 4-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.




Malah pesta gol di laman sendiri itu mampu menjulang semula semangat pemain Kedah dalam menghadapi pencabar di kelompok atas liga selepas ini.

Kedah tidak menunggu lama seawal minit ke-3 untuk meledak gol pembukaan hasil jaringan pemain sayap Syazwan Zainon yang menerima hantaran silang daripada Andik Vermansyah dari bahagian kiri pintu gol Selangor.

Tersentak dengan gol awal itu Selangor bangkit memulakan gerakan dari bahagian tengah namun benteng Kedah lebih bersedia menangkis beberapa percubaan bahaya daripada penyerang import pelawat, Rufino Segovia.





Image may contain: 4 people, people playing sport and outdoorKedah hampir menambah gol pada m-23 apabila Andik Vermansyah mendapat peluang menghasilkan jaringan hasil hantaran Syazwan Zainon namun percubaannya tersasar.



Di hujung babak pertama Kedah menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-0 melalui Sandro DaSilva yang melakukan larian hasil hantaran Syazwan dengan membuat sepakan padu menewaskan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali.

Bermula babak kedua Selangor meneruskan usaha memburu gol namun Kedah melalui Sandro Da Silva bijak menyempurnakan peluang pada minit ke-65, apabila mudah menolak masuk bola hantaran pantas daripada Baddrol Bakhtiar ke gawang Selangor untuk gol ketiga Kedah.

Kedah terus menambah derita Selangor dengan gol keempat pada minit ke-83 melalui pemain tengah Akram Mahinan yang menyempurnakan hantaran Sandro Da Silva.



,