Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

United terdesak mahu dapatkan Ronaldo semula

MENURUT laporan Don Balon, Manchester United kini terdesak untuk membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Old Trafford selepas perbincangan kontrak antara pemain tersebut dengan Real Madrid.




Ronaldo dilaporkan telah memberitahu presiden Florentino Perez tentang tuntutannya bagi mendapatkan bayaran yang lebih, namun mereka masih belum memenuhinya.

United mungkin akan mengambil kesempatan itu dan cuba menawarkan gaji seperti yang diinginkan oleh pemain kelahiran Portugal itu demi membawanya pulang ke United.





Sejak 2009, Ronaldo telah menjaringkan 578 gol dalam 432 perlawanan untuk Real, memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara, dua gelaran La Liga dan dua piala Sepanyol.

Penyerang berharga £862 juta (RM4.7 bilion) didakwa telah menolak tawaran itu pada awal musim ini, tetapi dia menunjukkan reaksi dengan bergaya, menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan.



Ronaldo juga dianggap sebagai Hero Real di Eropah dan masih diperlukan biarpun usianya sudah mencecah 33 tahun.

Maka tidak hairanlah jika United mahu mendapatkannya semula, tetapi Perez mengetahui betapa berharganya Ronaldo untuk kekal di Real, jadi dia tidak akan melepaskan pemain itu sebelum tiba masanya.