Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Undian Separuh akhir dirancang?

Seorang peminat men­dedahkan satu paparan skrin e-mel yang dihantar Roma kepada pemegang tiket bermusim mengenai peluang mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Stadio Olympico pada 2 Mei.




E-mel tersebut dihantar Khamis lalu sedangkan undian hanya dilakukan di bu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland pada Jumaat petang.

Roma bagaimanapun memaklumkan bahawa e-mel itu dihantar kerana ‘masalah teknikal yang dialami oleh rakan portal tiket mereka’ dan kelab berkenaan sedang melakukan ujian.

“Semalam (Khamis) Roma sudah mengetahui mereka akan menentang Liverpool memandang­kan sudah mengiklankan tiket dalam laman web. Namun, sudah tentu ia tidak dirancang,” tulis seorang peminat dengan akaun Twitter PrestwichBlue.





“Jika perkara ini berlaku lagi, saya tidak akan mempercayai @UEFA,” kata pengguna Twitter lain.

“Tidak pernah saya berdepan situasi seperti ini, Roma menjual tiket pada pukul 10 pagi ini menentang Liverpool untuk aksi timbal balik kepada pemegang pas bermusim,” kata seorang lagi peminat bola sepak.

Undian tersebut diadakan pada pukul 12.15 tengah hari waktu England atau 1.15 petang waktu Eropah tengah.



Juara 12 kali, Real Madrid diundi menentang juara lima kali, Bayern Munich dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Undian Liga Juara-Juara sebelum ini sudah menimbulkan keraguan selepas akhbar Sepanyol, AS mendakwa, badan bola sepak Eropah, UEFA menggunakan suhu bola bagi memastikan kelab dari negara itu tidak bertemu sesama mereka.

Pada 2016, legenda Brazil, Ro­berto Carlos yang mengendalikan cabutan peringkat kumpulan me­nimbulkan keraguan apabila dia te­lah mengambil satu bola namun selepas memegangnya seketika bekas pemain Real itu menjatuhkan­nya dan mengambil bola lain. – AGENSI



 

,