Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pasar Raya Di Pontian Pula Diserbu Konon TMJ Belanja

Hundreds converge on Econsave hypermart after rumour of another TMJ spreeTIDAK sampai 24 jam Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan Yang di-Pertuan Agong, penduduk Pontian, Johor menjadi mangsa pertama berita palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.




Ia berlaku apabila mereka serbu pasar raya Econsave di bandar Pontian Kechil itu gara-gara tersebar pesanan suara kononnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan datang dan bayar harga barang dibeli para pelanggan di situ hari ini.





Akibatnya lebih 1,000 pengunjung berpusu-pusu membanjiri pasar raya tersebut sejak dibuka jam 9 pagi malahan mereka sudah habis memenuhkan troli masing-masing sebelum sabar beratur panjang di kaunter pembayaran.

Image may contain: 2 people, indoorPengurus Operasi Econsave Pontian, Mas Imran Adam berkata, cerita kedatangan Tunku Mahkota Johor yang tular itu kononnya baginda akan hadir untuk belanja semua pelanggan di pasar raya tersebut sebenarnya adalah palsu.

“Ini berita fitnah dan memang tidak benar. Mesej bergambar dan pesanan suara yang sengaja ditularkan kononnya Tunku Ismail akan belanja orang ramai di pasar raya Econsave Pontian adalah langsung tidak betul sama sekali.

“Pihak kami sudah membuat lima hingga enam kali hebahan pengumuman mengenai pencerahan isu ini di dalam pasar raya, namun orang ramai masih enggan mempercayainya,” kata Mas Imran ketika dihubungi pihak media.

Image may contain: 1 person, crowd, sky and outdoor



Image may contain: 7 people, people smiling, crowdKeadaan tersebut mungkin ekoran tindakan spontan Tunku Ismail membuat kejutan di pusat beli-belah Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru petang semalam apabila tiba-tiba baginda muncul dan membelanja pengunjung di situ.

Mengulas lebih lanjut, Mas Imran berkata, ketika ini orang ramai masih tidak bersurai walaupun sudah beberapa kali pengumuman penjelasan yang sama dilakukan memberitahu kedatangan Tunku Ismail itu adalah berita palsu.

Jelasnya, pihak polis juga sudah dipanggil untuk meredakan keadaan tegang di pasar raya tersebut tetapi orang ramai seperti masih berharap kedatangan Tunku Ismail adalah bukan berita karut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA