Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

LRT Aliran Kelana Jaya Kembali Beroperasi, Tiada Penumpang Kena Langgar

Operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya terpaksa dihentikan sementara waktu kira-kira jam 8 pagi hari ini susulan kerja penyelanggaraan membabitkan isu keselamatan di Stesen Damai.




RapidKL menerusi kemaskini di laman Twitter rasmi mereka hari ini memaklumkan operasi kembali pulih seperti biasa 20 minit kemudian, dan pihaknya telah menghantar tren kosong ke Stesen KL Sentral dan Setiawangsa bagi mengambil penumpang yang terkandas.

Dalam pada itu, RapidKL menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya tren tergendala kerana seorang penumpang telah dilanggar dan mangsa tersangkut di bahawa LRT, pagi tadi.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku di Stesen Damai, sebaliknya seorang penumpang telah pengsan dan jatuh ke trek.





“Penumpang diselamatkan dan kini menerima bantuan perubatan. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi,” kata RapidKL, hari ini.



Semakan di laman Twitter mendapati pengguna media sosial meluahkan kekecewaan berikutan opreasi tren tergendala, selain penyebaran dakwaan palsu mengatakan ia berpunca daripada kemalangan di Stesen Damai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman Twitter rasmi RapidKL di @myRapidKL.

– mD