Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

KRU dibubarkan selepas 25 tahun ditubuhkan

Image result for kru bubarKUALA LUMPUR: Kumpulan popular KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.



Ketua kumpulan itu, Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

“Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

Norman (tengah) tidak dapat menahan sebak mengumumkan pembubaran KRU. FOTO: LOW LAY PHON

“Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami,” ujarnya.




Beliau ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Image result for canggih album

Album pertama KRU tahun 1992

Dalam pada itu, Norman yang menitiskan air mata pada pengumuman itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.



“Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air,” ujarnya.

Sementara itu, Edry berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

“Ini keputusan semula jadi yang semamngnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian,” ujarnya.



,