Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Juara EPL lebih penting – Guardiola

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, memenangi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) lebih bermakna buat pasukannya berbanding merangkul trofi Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Tottenham 3-1 di Stadium Wembley awal pagi semalam.




Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Liverpool, Selasa lalu, City kian hampir menjuarai EPL selepas kemenangan awal pagi semalam di tempat lawan menerusi jaringan Gabriel Jesus, Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling.

City akan menjuarai EPL sekiranya Manchester United tumpas kepada West Brom dan Guardiola mengakui pasukannya kini lebih memberi keutamaan kepada EPL selepas ter­singkir daripada saingan peringkat Eropah.





“Jika pasukan kami mempunyai 87 mata dengan berbaki lima perlawanan, ia jelas me­nunjukkan kami sangat menyerlah walaupun telah melalui peristiwa yang sukar minggu lalu.

“Orang ramai yang hanya mengkritik sebenarnya tidak faham tentang bola sepak.



“Liga Juara-Juara hanya tujuh perlawanan sahaja untuk mendapatkan kemenangan, namun EPL memerlukan pasukan itu ber­aksi setiap tiga hari dalam satu bulan. Saya memohon maaf kepada semua, namun EPL tetap penting bagi kami untuk melengkapkan kemenangan musim ini,” kata Guardiola.

City kini memiliki kelebihan 16 mata di depan pencabar utamanya, United yang dijadualkan bertembung West Brom di Old Trafford semalam. – Agensi



, , ,