Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bayern iringi Real ke separuh akhir

MUNICH: Bayern Munich mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketujuh dalam sembilan musim selepas terikat tanpa jaringan dengan Sevilla, awal pagi tadi.



Biarpun seri, namun kelab gergasi Jerman itu tetap mara dengan kelebihan agregat 2-1 hasil kemenangan pada aksi suku akhir pertama, minggu lalu.

Bintang Sevilla, Joaquin Correa hampir memecah kebuntuan jaringan di Allianz Arena, namun tandukan pemain sayap Argentina itu pada minit ke-59 dinafikan palang gol sekali gus mengekalkan pemburuan skuad bimbingan Jupp Heynckes untuk merangkul kejuaraan Eropah keenam mereka.




Bayern akan menyertai undian empat pasukan terakhir pada Jumaat bersama Liverpool, Roma dan juara bertahan, Real Madrid yang menyingkirkan Juventus dengan agregat 4-3 hasil jaringan penalti dari Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan yang penuh dramatik. – AFP



,