Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Tidak puas hati dengan pengadil, Pemilik PAOK FC protes dengan pistol

THESSALONIKII: Salah seorang pemilik kelab bola sepak PAOK FC, Ivan Savvidis mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengacukan pistol kepada pengadil kerana berang dengan keputusannya.




Kontroversi itu tercetus apabila jaringan Fernando Varela dari PAOK FC, pada babak akhir perlawanan ketika menentang AEK Athens dibatalkan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid.

Pembatalan gol itu mencetuskan kemarahan pemain dan penyokong pasukan PAOK lebih-lebih lagi pasukan mereka memerlukan mata bagi memintas AEK Athens yang berada di takhta liga.

Pada awalnya, Ivan Savvidis masuk ke padang dan mengarahkan pemainnya keluar daripada padang sebagai tanda protes terhadap pengadil perlawanan, Giorgios Kominis.





Bukan itu sahaja, beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan sebelum cuba ditenangkan pegawal peribadinya.

Berikutan tindakan melampau daripada Savvidis, pegawai AEK Athens memaklumkan akan membuat laporan mengenai kejadian itu kepada badan bola sepak dunia, FIFA dan Eropah, UEFA.

BACA: VIDEO Ludah peminat United, Carragher mohon maaf



Perlawanan itu terpaksa dihentikan dan keputusan perlawanan itu masih belum diputuskan sama ada kekal seri atau kemenangan 1-0 berpihak kepada pasukan PAOK.

Laporan daripada pengadil perlawanan juga dalam proses sebelum apa-apa keputusan diumumkan.



,