VIDEO Tewas Kepada KL, Marcote Tak Percaya Kedah Kalah

Jurulatih Kedah, Ramon Marcote bagaikan tidak percaya pasukannya boleh tewas 4-3 kepada Kuala Lumpur (KL) menerusi gol saat akhir dalam aksi dramatik perlawanan Liga Super, semalam.



Marcote yang berasal dari Sepanyol jelas sukar untuk menerangkan bagaimana pasukannya yang mempunyai 21 percubaan ke arah gol dan menggegarkan gawang lawan tiga kali di Cheras, tetapi masih pulang ke Alor Star dengan tangan kosong.

Dia bagaimanapun berkata kesilapan individu sebagai punca Kuala Lumpur menjaringkan empat gol dengan pemain pertahanan Khairul Helmi Johari dan Alvaro Silva serta penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dilihat bertanggungjawab.

Image result for kl 4-3 kedah

“Kami pasukan yang lebih baik, mencipta banyak peluang tetapi gagal untuk memanfaatkannya,” kata Marcote selepas Kedah mengalami kekalahan ketiga dalam lima aksi Liga Super.

“Selalunya apabila anda menjaringkan tiga gol anda menang perlawanan itu, tetapi empat kesilapan membenarkan KL menjaringkan empat gol, termasuk pada minit terakhir.”




Ketiadaan Baddrol Bahtiar kerana kecederaan mungkin memberi kesan kepada Kedah yang menjaringkan dua gol menerusi Pablo Pallares dan satu Liridon Krasniqi, tetapi Marcote menafikannya.

“Kami tidak tahu kerana Baddrol tidak bermain. Kami hanya boleh bercakap mengenai pemain yang beraksi,” katanya. “Kami bermain baik dan saya cuba untuk mencari sebab mengapa kami tidak menang, tetapi saya tidak boleh.

“Berapa banyak peluang KL ada? Saya tidak boleh ingat. Tapi yang saya boleh ingat gol yang mereka jaringkan.”


Kekalahan Kedah bermula pada minit ke-3 apabila Khairul Helmi kehilangan bola selepas dirampas Zaquan Adha Radzak untuk menjaringkan gol pembukaan sebelum Silva turut kehilangan bola kepada Zaquan yang kemudian menyaksikan Khairul Helmi mengasarinya untuk sepakan penalti.

Guilherme De Paula menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 sebelum pertahanan lemah Kedah membenarkan Paulo Josue yang tidak dikawal meletakkan KL kembali di depan.

Pallares menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk menyamakan kedudukan dan ketika Kedah seakan-akan boleh pulang dengan satu mata, Ifwat gagal menangkap kemas sepakan De Paula untuk membenarkan Ashri Chuchu menjaringkan gol kemenganan dengan sepakan terakhir.



Comments

comments

,