VIDEO Ludah peminat United, Carragher mohon maaf

Image result for Jamie Carragher spitBekas pemain Liverpool, Jamie Carragher, memohon maaf selepas meludah kepada seorang peminat Manchester United berusia 14 tahun susulan kekalahan The Kop 1-2 di Old Trafford, Sabtu lalu.




Carragher beraksi di Anfield selama 17 tahun selepas menembusi skuad utama pada 1996 dan tampil beberapa kali dalam aksi getir bertemu United yang merupakan seteru utama.

Kini berkhidmat sebagai pemerhati sukan, dia telah dirakam selepas keputusan di Old Trafford, meludah daripada tempat duduk pemandu ke arah seorang peminat United yang cuba melakukan provokasi ke atasnya.




Remaja berusia 14 tahun itu yang berada di dalam kereta yang berasingan mendakwa air ludah Carragher hampir mengenai wajahnya, sebelum legenda Liverpool itu kemudian menerangkan keadaan sebenar sambil mengakui tindakannya itu tidak wajar.

BACA: VIDEO Tidak puas hati dengan pengadil, Pemilik PAOK FC protes dengan pistol

BACA: VIDEO Benam Liverpool, United Kukuhkan Cengkaman

“Sesuatu yang tidak patut dilakukan dan saya secara peribadi memohon maaf kepada seluruh keluarga remaja tersebut.

“Wujud tindakan cuba mencetuskan kemarahan saya sebanyak tiga atau empat kali dan ia telah dirakam. Ternyata, saya tidak sepatutnya memberi reaksi sebegitu,” memetik kenyataan Carragher menerusi akaun Twitter miliknya.



Comments

comments

, ,