VIDEO Benam Liverpool, United Kukuhkan Cengkaman

The 20-year-old forward was making his first Premier League start since he played in the draw against Burnley on Boxing DayMANCHESTER 10 Mac – Manchester United mengukuhkan cengkaman di kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris di belakang Manchester City selepas menundukkan Liverpool di Old Trafford, hari ini.



Kejayaan itu menyaksikan mereka kini mengumpul 65 mata di hadapan Liverpool yang kekal di tempat ketiga dengan perbezaan lima mata dan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, City.

Jose Mourinho and Jurgen Klopp cut animated figures in their technical areas throughout a frantic opening 45 minutesSkuad kendalian Jose Mourinho menampilkan aksi meyakinkan setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi Marcus Rashford yang berjaya menyudahkan hantaran Romelu Lukaku.

Rashford yang juga penyerang skuad kebangsaan England terus menampilkan aksi cemerlang dengan meledak gol kedua selang 10 minit selepas itu untuk mele­takkan United dalam kedudukan selesa.




A 10-minute brace from Marcus Rashford fired Manchester United to victory at Old Trafford against bitter rivals Liverpool Skuad kendalian Jurgen Klopp terus menggandakan asakan untuk mengurangkan defisit jaringan dan berjaya memperoleh gol saguhati pada minit ke-66 selepas hantaran Emre Can terkena kaki Eric Bailly yang kemudiannya menerjah ke gawang United yang sekali gus menewaskan David de Gea.

Liverpool kemudian terus mengatur serangan demi sera­ngan untuk menyamakan kedudukan, namun keputusan 2-1 kekal hingga tamat permainan.



Comments

comments

, ,