“Kalaulah Ada Hukuman Sebat, Mesti Mereka Tak Berani” – Amy Search

Amy kecewa album terbaharunya turut dicetak rompak oleh individu tidak bertanggunjawab. Foto Instagram @aku.amysearch

PENYANYI Amy Search kesal apabila album terbaharu kumpulan Search berjudul Search Katharsis dicetak rompak dan dijual secara terbuka di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Amy berkata, setelah 37 tahun berada dalam industri seni, isu penjualan cetak rompak masih berleluasa seakan tiada penghujungnya.



“Perompok ini mereka rompak hasil seni semua bangsa, asalkan laris, hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi mereka masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/10/amy-search/~/media/aff5cb4f243e494cbc5dff8ad73bc7f6.ashx?la=en


“Penjualan fizikal sangat terhad dan yang membeli ada lah peminat fanatik jadikan sebagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu mereka jual walaupun salah di sisi undang-undang. Lebih teruk lagi dijual secara terang-terangan tanpa rasa hormat.

“Kalaulah hukuman jika didapati menjual hasil seni negara secara haram ialah sebat tanpa bicara dari dulu tentu tak berani mereka jual. Kasihan hasil seni anak bangsa dirompak sejak zaman P.Ramlee lagi,” luahnya di laman tersebut pada Jumaat.





Sementara itu, pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman ini tidak menolak isu ini akan berterusan dan tiada kesudahan gara-gara sikap individu tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Perkongsian Amy di laman Instagram.

“Realitinya sampai aku dah mati, hasil seni aku tetap dirompak macam arwah P.Ramlee. Ini di negara kita, macam mana pula negara lain seperti Indonesia, waktu itu album Fenomena terjual melebihi satu juta unit dan berapa pula cetak rompak terjual di sana dengan tiga lagu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dan Nafas Cinta?

“Ini lah perjalanan anak seni yang sentiasa dirompak daripada album pertama kita dah buat kempen fasal cetak rompak. Orang cakap kalau kita tak boleh lawan cetak rompak kita kena join mereka, takkan kita nak jadi perompak yang merompak hasil seni anak bangsa sendiri.



“Kita bertungkus lumus bikin album ‘Search Katharsis’ sampai 700 jam tapi mereka dengan senang hati rompak hasil kerja seni kita dan jual tanpa segan silu. Yang menjual berdosa dan yang membeli pun berdosa sebab yang membeli tau itu barang curi. Aku harap korang tak sokong cetak rompak,” katanya.

Katharsis merupakan album ke-12 kumpulan Search dan telah dilancarkan pada November tahun lalu.

Rata-rata pengikutnya di laman tersebut bersetuju dengan pandangan Amy dan berasakan pihak berwajib perlu mengambil tindakan bagi menangani isu ini.

Malah, ada juga peminat yang memanjangkan tulisan Amy ini kepada pengendali laman Instagram milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Album terbaru SEARCH/KATHARSIS di cetak rompak yg di jual secara terang terangan di dlm MALL PLAZA SOONG SENG @ THE STORE, MELAKA. Dri album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpai lah skarng 2018. Hasil pendapatan dri cetak rompak dorng pn meningkat. Paling tinggi hasil dorng dri album Fenomena lgu Isabella. Masa tu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkn berapa bnyk dorng sapu hasil seni kite org. Mana tk nya India cina pn beli album tu. Isabella tu di minati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lgu Isabella. Tk abis kt situ, keluar pulak dgn 2filem Isabella dn Fenomena yg mnjdi box office. Dgn dua filem tu skali dorng rompak. 4album solo aku pn dorng rompak. Dri album pertama kita org dh buat kempen psl cetak rompak. Org ckp kalau kita tk boleh lawan cetak rompak tpi kita kena join dorng tkn kita nk jdi perompak Yg merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ni dorng rompak hasil seni semua bangsa, asalkn yg laris. Hari ini aku dh 37thn dlm industri tpi dorng masih tk pernah berhenti merompak walaupn keadaan sekarang amat berbeza dri dulu. Penjualan fizikal sngt terhad. Yg membeli ada lah peminat fanatik Yg beli sbagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu dorng jual walaupn salah di sisi undang2. Lebih teruk lgi Di jual secara terang terangan tnpa deficit pn rasa hormat. Kalau lah hukuman jika Di dapati menjual hasil seni negara secara haram hukuman nya sebat tnpa bicara dri dulu tentu nya tk berani dorng jual. Kesian kan hasil seni anak bangsa Di rompak sejak zaman P.Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yg tbaik lah dri melodi, lirik, cover, sound dgn cost rakaman yg tnggi tpi dorng cost brape sen sngt, silap2 GST free lgi sbab hasil haram. Realiti nya smpai aku dh mati hasil seni aku tetap Di rompak mcm late P.Ramlee. Ini negara Kita mcm mna pulak negara lain seperti Indonesia waktu tu album Fenomena ini terjual melebihi 1juta units dn berapa pula cetak rompak terjual di sana dgn 3lgu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dn Nafas Cinta duet. Ini lah perjalanan anak seni yg sentiasa di rompak. Begitu lah kehendak Nya #searchkatharsis @fenomenamusic @KPDNKK

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on



Comments

comments

, ,