Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Brazil Buat Eksperimen Tanpa Neymar Bertemu Russia, Jerman

RIO DE JANEIRO: Jurulatih Brazil, Tite menggunakan kesempatan ketiadaan pemain bintang Neymar yang cedera dengan menyenaraikan muka baru dalam skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan menentang Russia dan Jerman.




Perlawanan pada 23 dan 27 Mac itu adalah aksi pemanas badan terakhir Brazil sebelum menuju ke pangkalan latihan mereka di Sochi, selatan Russia, menjelang Piala Dunia bermula 14 Jun depan.

Persiapan pasukan penuh berbakat itu terencat dengan kecederaan kaki Neymar dialami ketika bermain buat Paris Saint-Germain Februari lalu.

Tite menangguhkan pengumuman skuadnya selama 10 hari kerana beliau mengambil kira situasi semasa.

Kini dengan Neymar diketepikan, memulihkan diri daripada penbedahan selama tiga bulan, Tite memutuskan senarai 25 pemain bukannya senarai biasa 23 pemain.





Willian Jose, penyerang berusia 26 tahun, menuai hasil kerana musim yang bagus di kelab Sepanyol, Real Sociedad dengan panggilan sulungnya ke skuad kebangsaan.

Talisca, yang menyinar di kelab Turki, Besiktas, dipanggil semula berikutan dua aksi persahabatan pada 2014.

Ketiadaan pemain paling dirasai dalam senarai adalah pertahanan kiri Juventus, Alex Sandro dengan Tite lebih suka memilih Filipe Luis dari Atletico Madrid.

Aksi bertemu Russia berlangsung di Moscow sebelum Brazil bertandang ke Berlin untuk menentang Jerman.

Brazil memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland di Rostov pada 17 Jun depan.


Skuad Brazil:

Penjaga gol: Alisson (AS Roma/ITA), Neto (Valencia/ESP), Ederson (Man City/ENG)

Pertahanan: Dani Alves (Paris Saint-Germain/FRA), Fagner (Corinthians), Filipe Luis (Atletico Madrid/ESP), Marcelo (Real Madrid/ESP), Miranda (Inter Milan/ITA), Marquinhos (PSG/FRA), Thiago Silva (PSG/FRA), Geromel (Gremio), Rodrigo Caio (Sao Paulo)

Tengah: Casemiro (Real Madrid/ESP), Fernandinho (Man City/ENG), Fred (Shakhtar Donestk/UKR), Paulinho (Barcelona/ESP), Renato Augusto (Beijing Guoan/CHN), Willian (Chelsea/ENG), Philippe Coutinho (Barcelona/ESP), Talisca (Besiktas/TUR)

Penyerang: Gabriel Jesus (Man City/ENG), Roberto Firmino (Liverpool/ENG), Douglas Costa (Juventus/ITA), Willian Jose (Real Sociedad/ESP), Taison (Shakhtar Donestk/UKR). – AFP



,