Wanita Dedahkan Rahsia Didera Datuk

deraSEORANG wanita yang menjadi mangsa penderaan oleh datuknya, telah mendedahkan gambar-gambarnya ketika berada dalam penderitaan.

Wanita itu yang hanya menamakan dirinya sebagai `Wild Cabbage’ menulis di dalam twitter bagaimana dia dihalang makan dan dibiarkan kebuluran oleh datuknya itu.




Dia yang berasal dari Kyoto, Jepun itu, menetap bersama datuknya 10 tahun lepas.






Menurut `Wild Cabbage’, dia dihalang daripada makan dan jika datuknya melihat dia makan, lelaki itu akan menendang perutnya hinggakan wanita itu akan memuntahkan semula makanan terbabit.

Penderaan itu menyebabkan dia kehilangan berat badan yang teruk dan hanya tinggal tulang rangka.

Gambar-gambar yang didedahkan itu dirakamkan 10 tahun lepas.



Ketika diselamatkan, pakar memberitahu dia hanya 10 minit sahaja dari kematian. Dia yang kini berusia 20-an, sudah sembuh.

Wild Cabbage bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang berlaku kepada datuknya dan sama ada saudara mara membantunya. – MYNEWSHUB.CC



Comments

comments