Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO United Tersungkur, Mourinho anggap Newcastle lawan seperti haiwan

Matt Ritchie wheels away in celebration after arriving in the box to fire the ball past David de Dea and give Newcastle the lead

LONDON: Pasukan bergelut, Newcastle United melonjak keluar dari zon penyingkiran selepas mengejutkan penghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris, Manchester United 1-0 malam tadi.



Newcastle yang memulakan permainan dalam zon penyingkiran, melonjak ke tangga ke-13 liga selepas merakam kemenangan pertama dalam lima perlawanan – kejayaan pertama mereka ke atas United sejak tahun 2013.

United mengalami kekalahan liga kedua yang meletakkan mereka 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.




Skuad kendalian Jose Mourinho sebelum ini tewas kepada Tottenham Hotspur di St James’ Park.

Kali ini Matt Ritchie menjadi pemusnah United apabila menyempurnakan umpanan Dwight Gayle pada minit ke-65 dan Newcastle memastikan kelebihan itu bertahan hingga wisel penamat.

“Newcastle berjuang seperti haiwan, saya harap mereka menerimanya sebagai satu pujian. Dewa bola sepak berada di pihak mereka,” kata Mourinho.


“Ia tidak menjadi buat kami hari ini. Newcastle memberikan apa yang mereka ada, itulah perkara yang menarik dalam bola sepak.

“Kami membuat kesilapan dalam bertahan dan apabila mereka berada di depan, hanya satu perkara berada di minda mereka dan berjuang bermati-matian untuk mengelak dibolosi.” – AFP



, , ,