Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Ostersunds kejutkan Arsenal di Emirates

Jamie Hopcutt of Ostersunds goes past Mohamed Elneny of Arsenal, and the Swedish side were on top in the first half

PARIS 23 Feb. – Arsenal tetap melangkah ke saingan 16 akhir Liga Europa biarpun tewas 2-1 di laman sendiri dalam aksi kedua menentang kelab kerdil, Ostersunds selepas mengumpul agregat 4-2.



Biarpun sebelum ini dalam aksi pertama pada minggu lalu, Arsenal memperoleh kemenangan 3-0 namun dalam saingan awal pagi tadi kelab Liga Perdana Inggeris itu dikejutkan dengan kebangkitan dipamer oleh kelab kerdil Sweden itu menerusi dua jaringan awal di Emirates.

Aksi luar biasa Ostersunds itu juga wajar diberikan pujian kerana persembahan berani dan berkualiti mereka.




Jurulatih Ostersunds, Graham Potter berkata, dia amat kagum dengan aksi dipamerkan oleh anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

“Pada kedudukan 2-0 kami seakan dapat merasakan peluang memihak pasukan.


“Dalam perlawanan tersebut kami bermain baik dan paling menggembirakan apabila memenangi perlawanan itu, namun masih perlu banyak keajaiban,” kata Potter.

Dua gol awal Ostersunds dijaringkan oleh Aiesh pada minit ke-22 dan Sema pada minit ke-23 manakala jaringan tunggal Arsenal sewaktu perlawanan itu dijaringkan Kolasinac pada minit ke-47. – AFP



, ,