Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Melaka United Catat Kemenangan Kedua

Image result for melaka negeri sembilan 3-0 2018Melaka United menarik nafas lega apabila kembali ke landasan kemenangan dengan membenam Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.



Anak buah Eduardo Almeida berdepan tekanan hebat menjelang sepak mula gara-gara dibelasah Selangor 4-1, Rabu lalu.

Bagaimanapun, mereka bangkit memperkemaskan aksi dengan menghasilkan corak permainan menghiburkan sejak tiupan wisel pertama.

Dua kesilapan penjaga gol, Saiful Amar Sudar, pada separuh masa pertama membuatkan skuad Jang terpaksa menggigit jari apabila dihukum penyerang kelahiran Belarus, Yahor Zubovich.





Selepas tangkas pada awal permainan, detik buruk Saiful bermula pada minit ke-31 apabila dia gagal mengeluarkan rembatan deras R. Gopinathan dari luar kotak penalti sebelum Zubovich mudah menolak masuk bola muntah berkenaan.

Zubovich sekali lagi menjadi pemusnah berikutan kesilapan Saiful yang menampan bola ke arah penyerang itu dalam situasi sepakan sudut, lapan minit selepas itu.

Malah, tidak keterlaluan andai Zubovich lebih bijak memanfaatkan deretan peluang, dia pasti mencetak hatrik.


Negeri Sembilan hanya mula mengatur asakan selepas separuh perjalanan babak kedua yang menyaksikan gol Fakhrul Aiman Sidid dibatalkan kerana ofsaid.

Pasukan Hoben Jang Hoben cuba memperkemaskan jentera serangan dengan pengenalan N. Thanabalan dari bangku simpanan, namun masih belum cukup untuk mengubah kedudukan.

Sebaliknya, usaha minit akhir S. Puvaneswaran hampir menambah keceriaan penyokong tuan rumah, malangnya rembatan derasnya dari sebelah kiri pintu gol Negeri Sembilan tersasar.



,