VIDEO Klopp Puas Hati Liverpool Belasah Porto

Salah wheels away with his arms outstretched after notching his 30th goal of an impressive first season on Merseyside

Jurgen Klopp memuji penampilan sensasi Liverpool dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila skuad The Reds membelasah Porto 5-0 di Estadio do Dragao, awal pagi tadi.

Kunjungan Liverpool ke Portugal kelihatan seperti berpotensi menjadi mangsa berikutan rekod tanpa kalah Porto dalam Liga Primera musim ini, dengan skuad Sergio Conceicao itu menduduki tangga teratas dengan kelebihan dua mata dan memiliki satu perlawanan dalam tangan.



Porto hanya dibolosi 10 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini tetapi Liverpool mengamuk dalam perlawanan pertama, dengan Sadio Mane melakar hatrik.

Rakan menyerang Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino, turut berada dalam senarai penjaring untuk Liverpool meletakkan sebelah kaki di peringkat lapan terakhir.

“Ia sangat profesional, sangat matang dan pada masa tepat kami sangat agresif,” kata Klopp kepada BT Sport.




“Pertahanan baik, serangan balas baik, mengawal bola, menggerakkan mereka. Tidak mudah malam ini, ia adalah kerja keras dan pada akhirnya pemain menikmatinya dan itulah yang paling penting.

Jurgen Klopp was quick to head to the away end following the match and celebrate the victory in front of the Liverpool fans 

“Ia (gol) semua hebat. Yang pertama, apabila Dejan (Lovren) memenangi bola dan Sadio kemudian mampu meledak, kedua adalah penyudah bagus daripada Mo, dan yang ketiga adalah permainan hebat menerusi serangan balas. Mereka semua hebat dan kami memerlukan mereka semua.”


Klopp yang senang hati menambah: “Saya lihat banyak persembahan hebat malam ini, keputusan seperti ini hanya terjadi jika mereka semua tampil dengan baik. Mereka semua beraksi cemerlang. Sudah tentu Sadio adalah pemain terbaik dengan menjaringkan tiga gol, gol yang hebat, tetapi tahap usaha Roberto Firmino juga cemerlang.

“Mereka semua berjaya dan itu satu-satunya cara untuk berjaya,” tambahnya.

Dengan ketiadaan perlawanan hujung minggu akibat tersingkir daripada Piala FA, Liverpool kini akan menikmati sesi latihan dalam suasana baik tetapi ia bukan tempoh bercuti buat skuad Klopp.

“Kami masuk ke kem dan mempunyai satu setengah hari untuk tidak bekerja keras tetapi kami mempunyai empat sesi, ada banyak perkara yang perlu dilakukan,” kata bos The Reds itu.



Comments

comments

, ,