VIDEO Arsenal lakar kemenangan, Batshuayi wira kebangkitan Dortmund

PARIS: Mesut Ozil meledak gol buat Arsenal yang menewaskan kelab Sweden, Ostersunds 3-0 dalam aksi pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa, awal pagi tadi ketika Michy Batshuayi membantu Borussia Dortmund meraih kemenangan dramatik ke atas Atalanta.




Pertahanan kiri, Nacho Monreal meletakkan Arsenal di depan dengan menjaringkan gol kelimanya musim ini selepas penjaga gol lawan, Aly Keita melakukan kesilapan apabila bola yang dipegangnya terlepas.

Pelawat memperoleh gol kedua pada minit ke-24 apabila Ostersunds cuba untuk bermain hantaran jauh dengan cubaan Henrikh Mkhitaryan menerjah gol selepas tertampan pemain tuan rumah, Sotirios Papagiannopoulos.

Jurulatih Ostersunds Graham Potter, yang juga bekas pertahanan Stoke dan West Brom di England, melakukan dua pertukaran bagi mengubah rentak permainan tetapi Arsenal berjaya meledak satu lagi gol pada minit ke-58 menerusi Ozil yang bergandingan dengan Mkhitaryan.

Ostersunds berpeluang untuk meledak gawang Arsenal selepas dianugerah penalti apabila Tesfaldet Tekie dijatuhkan oleh Hector Bellerin, tetapi penjaga gol Arsenal, David Ospina enggan dibolosi dengan penyelamatkan penalti Tom Pettersson pada masa kecederaan.

Kemenangan selesa bermakna pengurus Gunners, Arsene Wenger boleh merehatkan beberapa tonggaknya pada aksi kedua di Emirates, minggu depan.





“Kami melakukan kerja dengan baik, mengawal bola menentang pasukan yang bagus,” kata Wenger kepada BT Sport.

“Keseluruhan kami bermain perlawanan yang serius, jadi kerja selesai. Mereka nampak amat gemuruh dan kami mengambil kesempatan daripadanya.”

GAYA pemain Dortmund, Michy Batshuayi (kiri) selepas menjaringkan gol ketika menentang Atalanta di Dortmund, sebentar tadi. – Foto AFP



Di Signal Iduna Park, bekas penyerang Chelsea, Batshuayi meneruskan prestasi baiknya ketika Dortmund bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Itali, Atalanta 3-2.

Dortmund  mendahului menerusi Andre Schurrle selepas setengah jam perlawanan berlangsung tetapi dua gol pantas Josip Ilicic meletakkan Atalanta di depan beberapa minit selepas babak kedua berlangsung.

Dortmund kembali menyamakan kedudukan apabila Batshuayi meledak gol keempatnya daripada tiga perlawanan pada minit ke>64 sebelum menyempurnakan penalti pada masa kecederaan. – AFP



Comments

comments

, ,