Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Akhyar wira Kedah benam PKNP

BATU KAWAN: Penyerang cilik, Muhammad Akhyar Abdul Rashid menjadi wira Kedah selepas berjaya membenam PKNP FC 1-0 dalam saingan Liga Super 2018 di Stadium Negeri, petang tadi.



Gol kemenangan skuad Hijau Kuning dijaringkan pada minit ke-85 hasil umpanan cantik dari pemain import, Andik Vermansah sebelum Pablo Pallares melorongkan bola ke arah Akhyar.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan 1-3 yang dianggap agak memalukan buat Kedah di tangan Perak di Stadium Darul Aman Rabu lalu.

Meskipun bermain di gelanggang lawan, skuad bimbingan jurulatih, Ramon Marcote ternyata lebih menguasai permainan.




Walaupun tewas, skuad PKNP FC kendali ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim boleh dipuji kerana berjaya mempamerkan saingan sengit untuk menyekat kemaraan Kedah.

Ramon ketika ditemui melahirkan gembira apabila berjaya mencapai kemenangan mutlak buat Kedah biarpun terpaksa menunggu hingga minit akhir perlawanan.

Beliau berkata, selepas tewas dua perlawanan dengan JDT dan Perak, kemenangan ini benar-benar memberi kegembiraan buat Kedah. – BH



,