Penampilan Sulung Andik Vermansah Dapat Pujian Penyokong Kedah

Pulun Andik Pulun!Penampilan sulung Andik Vermansah selaku pemain import Kedah mendapat pujian oleh penyokong Hijau Kuning selepas pemain dari Indonesia itu mempamerkan persembahan meyakinkan dalam perlawanan Liga Super menentang PKNP FC di Stadium Batu Kawan, semalam.




Malah, kehadirannya turut membantu skuad Lang Merah merakam kemenangan sulung musim ini selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut bertemu Johor Darul Takzim dan Perak dalam perlawanan terdahulu.

Meskipun tidak beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif untuk tempoh tiga bulan, Andik teryata masih berbisa menerusi gerakan, larian dan ideanya dalam pertemuan menentang pendatang baru Liga Super itu.

Sebelum perlawanan, penulis sempat bertanyakan kepada Andik, adakah anda sedia untuk diturunkan bertemu PKNP FC?





Jawab Andik spontan, “saya sebenarnya hanya bermain dengan orang-orang kampung ketika saya masih mencari pasukan tetapi orang-orang kampung saya juga ramai bekas pemain, jadi daripada segi tenaganya saya bisa tetapi daripada segi kecergasan perlawanan mungkin ada kurang, apa pun saya tetap bersedia”.

Jadi, penulis memberi tabik hormat dengan apa yang ditunjukkan Andik ketika bertemu PKNP FC kerana dia kerap melakukan ancaman menerusi larian pantasnya, baik daripada sebelah kiri atau kanan padang hampir sepanjang permainan.

Andik juga dilabel ‘Messi’ di Indonesia. Jadi, Kedah ada dua ‘Messi’ ketika ini selepas Farhan Roslan juga dilabel sebagai ‘Messi’ Kedah selain Akhyar Rashid dilabel ‘Neymar’ Kedah.




Selain Andik, Farhan dan Akhyar, jangan dilupa seorang lagi pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon. Dengan reputasi pemain kebangsaan Syawan atau Wan Kapet juga memiliki larian pantas sekali gus menjadikan bahagian sayap Kedah paling berbisa ketika ini. Siapa sahaja yang bermain, semuanya laju-laju.

Apa pun, tahniah buat Andik kerana berjaya melakukan permulaan sempurna bersama Kedah selepas turut menjadi pencetus gol tunggal Akhyar dalam perlawanan menentang PKNP FC.

Semoga anda terus sukses untuk membantu Kedah mencapai kejayaan musim ini. Pulun Andik Pulun! – stadiumastro/Zulhelmi



Comments

comments

, , ,