Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelajar Perempuan Maut Terkena Bilah Traktor Mesin Rumput

PELAJAR perempuan maut manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Beliau berkata, dua pelajar cedera ringan adalah Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.





“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya. – HMetro