Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Neymar Kedah’ Tak Sabar Tunjuk Aksi

Image result for akhyar kedah

PETALING JAYA: ‘Neymar Kedah’ sudah membuak-buak untuk membantu pasukannya dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 19, antara pemain muda yang mencuri tumpuan bukan sahaja peminat Kedah, malah penyokong bola sepak tempatan.



Akhyar yang menjadikan Neymar sebagai idolanya dan dilihat penyokongnya sebagai seorang yang lincah di padang seperti pemain termahal di dunia itu, mengakui sudah bersedia untuk berganding dengan pemain senior dalam mengharungi fasa saingan liga musim ini.

Biarpun tidak beraksi pada aksi pembukaan liga merebut Piala Sumbangsih bertemu JDT Sabtu lalu, pemain kelahiran Alor Setar ini tetap positif.

“Saya sedar dalam skuad Kedah terdapat lima orang penyerang. Sebelum saya berdepan dengan lawan, saya perlu berjuang untuk mendapat kepercayaan jurulatih (Ramon Marcote) berada dalam barisan utama.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar dan yakin akan menjadi pilihan jurulatih pada perlawanan akan datang.




“Semangat saya untuk beraksi berkobar-kobar,” ujar kepada mStar Online pada Selasa.

Tidak dinafikan, aksi Akhyar pada saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun Januari lalu menjadikan dirinya semakin menjadi sebutan.

Malah ramai penyokong bola sepak tempatan mahu melihatnya sentiasa berada dalam barisan utama skuad Lang Merah.

“Mungkin ia memberi sedikit tekanan kepada saya, tetapi saya akan menggunakan pengalaman bersama skuad kebangsaan untuk aksi liga ini.

“Bila-bila masa sahaja, saya bersedia,” jelasnya ringkas.




Pemain Bawah 19 Tahun kebangsaan ini juga mengakui saingan Liga Malaysia ini semakin sengit.

“Kalau boleh saya ingin membantu pasukan untuk menjaringkan gol. Itu sasaran peribadi saya musim ini.

“Dan selain itu kami berharap akan mengutip mata dalam setiap perlawan,” kata Akhyar.

Kedah bakal menerima kunjungan Perak dalam aksi kedua Liga Super pada Rabu.



, , ,