Lelaki Disyaki Curi Kambing Maut Dibakar Penduduk Kampung

AKIBAT disyaki cuba mencuri kambing, seorang lelaki mati dibakar bersama motosikalnya oleh penduduk kampung di Nusa Tenggara Barat, Indonesia, semalam.




Dalam kejadian di daerah Bima itu, mangsa dikenali sebagai Julkifli, 20, ditangkap penduduk dan diseret ke padang bola.

Menurut laporan media Indonesia, Pegawai Daerah, Muhktar SH, yang mengesahkan kejadian berkata, lelaki berkenaan dibakar di padang bola di Desa Tangga Baru.

“Ya, betul. Mangsa yang maut dikenali sebagai Julkifli.

“Menurut keterangan penduduk tempatan, mangsa ditangkap dan dibunuh kerana disyaki mencuri kambing,” katanya.





Image result for Julkifli dibakar kambingMenurut laporan Kompas, Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kejadian berlaku selepas Julkifli ditangkap bersama rakan subahatnya apabila seorang penduduk ternampak mereka cuba mencuri kambing.

Penduduk kemudian mengejar mangsa dan malang bagi Julkifli kerana ditangkap bersama motosikalnya manakala rakannya berusia 21 tahun, berjaya meloloskan diri.

“Mangsa diarak ke padang bola sebelum dibakar orang ramai bersama motosikalnya.



“Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan rentung,” kata Muhktar.

Pegawai penyiasat polis Bima, Kaharudin Thalib, yang turut mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan, namun belum membuat sebarangan tangkapan.

Menurutnya, mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga. – HMetro



Comments

comments

,